Berbagi Berita dan Cerita

DISQUS

Wednesday, 15 May 2013

Hasutan Anwar benci kerajaan cetus api perkauman

   Pilihan Raya Umum ke 13(PRU-13) sudah berahair,tetapi pakatan pembangkang/oposisi terutama pemimpin PKR,Datuk Sri Anwar Ibrahim,masih mengajak rakyat kejalan raya atas alasan pilihan raya kali ini adalah ibu kepada segala penipuan. Mereka yang mengenali Anwar sudah dapat membaca apa yang bakal dilakukan pemimpin dengan '1001 wajah' itu. Pertama sekali dia akan mencari alasan untuk menutup aib kerana gagal membawa pakatan pembangkang untuk menawan putrajaya,sekaligus meranapkan impianya untuk menjadi Perdana Mentri.

    dengan pantas juga dia mencari alasan untuk mengelak daripada menunaikan janji untuk 'bersara' jika pakatan pembangkang gagal menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Justeru, gerakan menarik rakyat untuk berhimpun,berdemontrasi dan menuduh kerajaan BN menipu,bukanlah strategi baru kerana ia sudah berulang kali dilakukan.

     Tindakan Anwar dikritik

   Anwar terlalu banyak menabur janji tetapi masih gagal menunaikanya. Malah,orang kanan yang paling setia denganya,Azmin Ali,secara terbuka mengkritik tindakan Anwar yang mau terus mengheret rakyat kejalan raya kerana kegagalan menawan putrajaya. "Laungan reformasi bermula dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal," kata Azmin melalui twitternya. "Letih rakyat dengan asakan politik melampau. Terimalah hukuman,muhasabah diri,akui kelemahan,maju kehadapan,tumpu rakyat bukan kerabat (kroni)."

   Sejarah membuktikan,Anwar mula bermain politik melampau sejak bersama UMNO. Tidak cukup dengan menumbangkan Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Perdana Mentri,beliu turut menggigit guru,mentor dan serta orang yang menyayanginya bagai anak sendiri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada peringkat awalnya begitu sukar untuk menerima hakikat Anwar sebenarnya seorang pengkhianat.

   Tanpa menyentuh soal moral yang banyak kali didedahkan,Anwar terus memperdaya pengikutnya dengan sandiwara demi sandiwara. Ramai yang mengikuti perjalanan politik Anwar memang kagum dengan permainan politik liciknya. Kelebihanya ialah berpidato,pandai bermain kata serta membakar semangat atau kemarahan pengikutnya.

     Syor dedah janji palsu
   
   Seorang daripada mereka berkata,BN patut menyeneraikan '20 janji palsu Anwar' kerana mungkin dengan cara itu pengikut fanatiknya akan dapat melihat warna sebenar manusia ini. " Sebagai contoh,kisah 16 september (2009) apabila dia mendakwa sudah berjaya membentuk kerajaan (dengan sokongan Ahli Parlemen BN yang lompat parti ),menawarkan jawatan kepada semua ahli politik yang akan menyertainya," katanya.

   Antara soalan yang perlu diajukan kepada Anwar ialah apakah benar beliau tidak bersekongkol dengan badan dan negara asing untuk menumbangkan kerajaan BN? Apakah benar beliau tidak terbabit dalam pencerobohan  di Lahad Datu yang mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan?

   Rakyat juga perlu bertanya adakah beliau percaya malaysia perlu mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel? Adakah beliau menyokong cadangan untuk Amerika Syarikat mempunyai pangkalan tentera di rantau ini? Adakah George Soros antara sumber kewanganya?  Rakyat juga perlu bertanya adakah Anwar mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan kerajaan rasuah dan jika ada mengapa tidak didedahkan atau dilaporkan kepada pihak berkuasa? Adakah dia berpendapat semua ahli politik perlu mengisytihar harta kepada rakyat? Berapakah nilai aset sebenar yang beliau miliki?

   Soalan lebih serius juga perlu ditanya dalam usaha untuk mengelak isu perkauman lebih teruk. Adakah Anwar berpendapat sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil perlu dihapuskan? selepas membenarkan kalimah Allah digunakan bukan islam,sanggupkah beliau mengubah prinsip Rukun Negara daripada 'Kepercayaan Kepada Tuhan' kepada 'Kepercayaan Kepada Allah'?  Anwar akan terus berbohong kerana beliau tidak akan kering idea untuk terus menyemarakan rasa marah dan benci rakyat kepada kerajaan BN. Jutru,rakyat harus mengajukan soalan berkenaan kepada Anwar kerana kebencian yang disemai beliau itu boleh mencetus api perkauman yang akan membakar keharmonian yang dipupuk sekian lama.
   
Adbox