Impian Anwar,penganjur demonstrasi jalanan

   Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13) berlangsung,Anwar Ibrahim sangat yakin menawan putrajaya.Malah beliau berangan-angan pada pagi 6 mei,dia bakal diumumkan Perdana Menteri dan mengangkat sumpah esoknya.Terlalu yakin,sehingga berlaku tsunami orang cina menyokong DAP kerana yakin Anwar boleh melakukanya.
   Undi ditangan rakyat,Allah tidak mentakdirkan Anwar dan pakatan pembangkang memenangi PRU-13.Lalu Anwar menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyalahgunakan proses.Ada undi hantu,masalah dakwat dan banyak lagi.Malangnya,bukti-bukti tidak dikemukakan kepada pihak berkuasa.Dia memilih demontrasi tanpa permit dan politik jalanan menyerupai Arab Spring.Dia tidak mengiktiraf keputusan pilihan raya yang ada.Pada awalnya,Anwar menyatakan kepada khalayak,dia akan ke Eropah untuk menjadi pensyarah sekiranya kalah,tapi kata itu tidak dikotakan.

   Kelantan yang dukuasai Pas dan Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP telah mengangkat sumpah dan membentuk kerajaan.Selangor dibawah PKR akan melakukanya pada hujung mei ini.Bermakna mereka mengiktiraf keputusan pilihan raya yang ada.Parlemen akan bersidang tidak lama lagi,proses angkat sumpah akan berlaku.Apakah Anwar dan Lim Kit Siang tidak mau mengangkat sumpah pada kali ini? Tidak mengangkat sumpah tidak boleh menjadi Ahli Parlemen.Apakah itu yang terjadi kepada semua ahli pembangkang?.
   Isu Anwar tidak menerima kekalahan dalam pilihan raya adalah terlalu peribadi,sejak menyertai kerajaan dulu Anwar  seorang Demokrat.Sistem pilihan raya ini jugalah yang digunakan untuk pilihan raya berjalan.Kalau ada kelemahan,bantahan dibuat dan saluran undang-undang menentukanya.Sikap yang diambil oleh Anwar kali ini semacam ingin menukar sistem pilihan raya negara ini kepada sistem republik berasaskan undi populer.Cara kerusi terbanyak dianggap tidak mewakili,lalu pilihan yang ada ialah memimpin politik jalanan untuk menggulingkan kerajaan yang ada.
   Mengenali Anwar sejak demonstrasi baling 1974 lagi,hinggalah demonstrasi-demonstrasi lain,inilah jalan kegemaran Anwar untuk menyatakan bantahan terhadap sesuatu.Demonstrasi kerana pemecatan juga berlaku secara besar-besaran pada 1998,malah strategi Bersih dijadikan flatform untuk melakukan perkara yang sama.Apakah Anwar tidak yakin dengan proses demokrasi sedangkan SPR sudah melakukan yang terbaik.Atau memang benar Anwar tidak percaya proses demokrasi dan mempunyai muslihat terselindung untuk melakukan Malaysian Spring di negara ini.
   Ternyata pihak keselamatan negara memilih jalan mengelak pertentangan terjadi,ia sesuatu yang bijak.Kesabaran adalah di tuntut dan cari jalan bijaksana dan berkesan supaya pihak penganjur dibawa kemuka pengadilan.Kepada saudara Anwar cukuplah dengan keputusan yang telah dibuat,terimalah ia sebagai takdir dan saudara tidak mempunyai rejeki kali ini.Buatlah persiapan lagi untuk muncul pada tahun 2018 walaupun usia saudara sudah melepasi 70 tahun dan ia belum terlalu lewat untuk menjadi Perdana Menteri.Politik demonstrasi jalanan tidak sesuai bagi iklim malaysia,saudara menyebabkan perpecahan terjadi sesama orang melayu dan islam.
   Impian dan lonjakan untuk menang menyebabkan sebagian besar orang cina memihak pembangkang kerana terlalu yakin akan menguasai putrajaya.Terimalah qada' danqadar Allah,jangan heret suasana aman dan damai kearah kekacauan di malaysia untuk maksud peribadi saudara,islam tidak mengajar cara begini.Pendekatan anarkis bukan jalan yang disuruh oleh agama,kalau rejeki bukan milik kita,beristighfar,kalau nasib tidak menyebelahi kita,bermuhasabahlah.Ada hikmah disebalik kekalahan dan hikmah disebalik kemenangan bagi mereka yang suka merenung.


Sumber (utusan m)