Berbagi Berita dan Cerita

DISQUS

Tuesday, 14 May 2013

Provokasi Menggugat Demokrasi

          Demokrasi yang diamalkan dinegara ini sama seperti juga dinegara lain,satu proses yang tidak berpenghujung,ia adalah proses yang tidak akan menemui titik noktah. Maksud dan proses demokrasi diserata dunia senantiasa berubah. Ia berubah-ubah dari satu masa kesatu masa atau dari satu peringkat kepada satu peringkat lainya. Ini karena tidak mungkin sebuah masyarakat itu akan berpuas hati dengan pencapaian yang diperolehnya. Perkara ini mungkin sesuatu yang lumrah,manusia maukan yang baik ditambah baik dan yang ditambah baik itu mau diperbaiki dan mau menjadi lebih baik.

   Buku The life and Death of Democracy tulisan John Keane,seorang Profesor sains politik menceritakan mengenai sejarah dan perkembangan demokrasi. Buku ini menjelaskan bahwa demokrasi di seluruh dunia melalui berbagai fasa. Prinsip demokrasi terdahulu sudah berubah dan seterusnya digantikan dengan prinsip demokrasi yang baru. Prinsip demokrasi yang baru ini seterusnya ditelan masa dan keadaan yang kemudian diganti pula dengan yang baru,begitulah seterusnya. Memahami fasa dalam perkembangan demokrasi itu,begitu juga dengan proses demokrasi yang kita amalkan ditanah air kita. Demokrasi yang kita amalkan ketika mulai mencapai kemerdekaan sudah banyak berubah dari masa kemasa.


     Tiada Maksud Khusus

   Perkataan demokrasi itu sendiri tidak mempunyai maksud yang terpahat diatas batu. Ia berubah-ubah mengikut kehendak masa dan keadaan. Maksudnya,istilah demokrasi yang digunakan di seluruh dunia tidak mempunyai makna atau maksud khusus walaupun mempunyai beberapa sifat atau nilai sejagat. Antara sifat demokrasi,terutama demokrasi berparlemen yang menjadi amalan umum diseluruh dunia ialah wujud perlembagaan tertulis,kebebasan kehakiman,undang-undang menjamin prosedur pemilihan umum berkala bagi memilih calon badan perundangan,pegangan jabatan politik untuk jangka masa terbatas,undian rahasia,partai politik yang kompentitif,kebebasan demo dan kebebasan media masa.

   Amalan umum ini bagaimanapun bukan bermaksud mengikat sebuah negara dalam arti kata menyamaratakan aplikasinya pada setiap negara yang mengamalkan demokrasi. Dari segi amalanya sifat umum demokrasi ini berbeda dan berlainan mengikut masa,keadaan dan juga tempat atau negara. Apa yang jelas ialah proses mencapai tujuan demokrasi yang diinginkan dalam pelaksanaan sesebuah negara bersandarkan kepada prinsip dan kebiasaanya dijelaskan dalam perlembagaan dan perundangan sesebuah negara. Kita mendapati negara didunia mempunyai warna demokrasi yang berbeda mengikut kemauan masing-masing berdasarkan kepada antara lain,plot sosial,politik dan ekonomi negara tersebut. Kita sudah melihat beberapa perubahan dalam fasa demokrasi dinegara ini. Kita dapat melihat tuntutan demokrasi silih berganti. Kita juga melihat bagaimana partai oposisi menuntut ruang demokrasi lebih luas. Disebabkan sifat demokrasi dan fahaman terhadap demokrasi yang tidak begitu jelas,tuntutan demi tuntutan akan terus menerus berlaku.

     Usah Lemahkan Demokrasi

   Tetapi satu perkara yang kita tidak harus lupa dalam membuat tuntutan demokrasi ialah perbuatan yang coba melemahkan sistem demokrasi,itu bukan satu perbuatan yang baik untuk demokrasi. Jika timbul keraguan atau persoalan berkaitan demokrasi,seperti proses pemilihan umum,sistem demokrasi menyediakan ruang perundangan. Kita mesti ingat ruang perundangan adalah juga sebagian daripada prisip demokrasi. Selagi kita mempunyai undang-undang dan perundangan sebagai saluran yang betul,demokrasi tidak mati. Walaupun demokrasi memberikan jaminan kepada kebebasan,ini tidak bermakna kebebasan itu boleh digunakan untuk melemahkan demokrasi. Oleh yang demikian,sebarang persoalan berkaitan proses demokrasi hendaklah dibawa dan dihujah kedalam ruang demokrasi yang disediakan bagi menjaga demokrasi. Ruang kebebasan yang dilonggarkan dalam demokrasi tidak harus dijadikan ruang untuk melemahkan demokrasi. Usaha mempertikaikan hasil pemilihan umum yang dilakukan diluar perundangan adalah berbahaya kepada proses demokrasi berparlemen. Ia juga menantang sistem perundangan dan penguasa negara yang diakui undang-undang dan mungkin berupaya mengundang kematian kepada demokrasi.
Adbox