Berbagi Berita dan Cerita

DISQUS

Tuesday, 16 February 2016

Cara Install WordPress di cPanel Dengan Softaculous





Cara Install WordPress di cPanel Dengan Softaculous






Kepada yang baru ingin berjinak jinak dengan menggunakan hosting berbayar untuk memiliki blog personal akan menghadapi satu dilema iaitu terpaksa menginstall WordPress sendiri. Domain dan hosting telah dibeli dan maklumat akaun cpanel pun telah diberi. Tetapi bingung bagaimana Cara Install WordPress kepada domain yang telah dibeli tadi melalui akaun cpanel. Saya pasti ramai yang pernah mengalami kes ini. Dan kepada yang sudah tahu pasti merasakan memasang wordpress kepada domain adalah sangat memudahkan bukan. Ada sesetangah kes, pihak hosting dapat membantu memasang wordpress dengan percuma dan ada pula yang mengenakan bayaran. Tetapi bagi saya lebih baik anda lakukan sendiri dan ini untuk kebaikkan anda juga nanti.
Baiklah tanpa membuang masa sayakan ceritakan ringkasan sebelum tutorial memasang wordpress kepada domain dilakukan menerusi cpanel anda. Begini, selepas anda membuat belian hosting dan juga domain, anda telahpun mempunyai sebuah server yang akan meng-hostkan domain anda. Tetapi domain yang anda beli itu bersifat kosong dan tiada apa apa. Jadi terpulang kepada anda untuk menggunakan sistem cms dari Blogspot mahupun dari WordPress. Saranan saya lebih baik pakai sistem cms WordPress kerana lebih baik menurut pandangan dan pengalaman saya sendiri.
Login cPanel Account
Login cPanel Account

Cara Install WordPress Manual di cPanel

Mula sila semak dan dapatkan maklumat link cpanel anda dan juga “username” + “password” untuk digunakan untuk login akaun cpanel anda. Akaun cpanel anda kebiasannya adalah seperti ini iaitu (contoh) [  http://www.namadomainanda.com/cpanel ]. Lawat link cpanel anda seperti yang saya berikan tetapi gantikan “namadomainanda” dengan domain yang anda beli tadi. Selepas itu anda akan dibawa kehalaman cpanel sebenar. Dan masukkan maklumat “username” dan “password” anda untuk membolehkan anda login masuk akaun cpanel.
Cara Install WordPress Melalui Softaculous
Cara Install WordPress Melalui Softaculous
Selepas masuk kepada akaun cpanel, sila cari aplikasi yang bernama “Softaculous” dan tekan. Anda akan dibawa kehalaman yang mempunyai banyak aplikasi yang boleh anda install kepada domain anda. Tetapi disini kita akan fokuskan kepada WordPress sahaja. Sila cari dan tekan wordpress. Jika tidak faham, sila lihat pada gambar diatas dan dibawah ini. Ikuti step dengan cermat.
Sila Tekan Gambar di Bawah Untuk Besarkan Gambar
Install WordPress Through Softaculous
Install WordPress Through Softaculous
Selepas anda menekan “Softaculous”, anda akan dibawa ke halaman yang lain. Sila lihat gambar diatas dan ikuti step step melalui “Number” yang telah saya tunjukkan.
1. Tekan blog, cari WordPress dan tekan
2. Sila tekan “install” dan anda akan dibawa kehalaman seperti gambar diatas
3. Anda boleh pilih samada website anda seperti “http://domain.com” atau “http://www.domain.com”
4. Pilih domain yang ingin anda install WordPress
5. Nasihat saya sila kosongkan kawasan ini. Jika ada tulisan sila delete
6. Masukkan username dan password yang anda akan login kepada blog baru anda nanti
Maaf gambar diatas tidak dapat saya hendak tunjukkan bahagian bawah. Ada lagi maklumat dibawah yang perlu anda isi iaitu “email” dan yang terakhir sekali sila tekan “install” yang terletak dibahagian bawah (tiada dalam gambar, maaf). itu sahaja step yang perlu anda lakukan tentang Cara Install WordPress melalui softaculous.
Selepas siap, sila lawat laman website anda iaitu “http://domainanda.com”. Nampaknya blog anda telah berjaya diinstall dengan WordPress. Tahniah. Untuk login sila gunakan username dan password yang anda isi ketika install wordpress tadi. Itu sahaja. Mudah bukan. Untuk permulaan memang agak payah. Selepas itu mudah untuk lakukannya. Saya harap anda faham akan tutorial Cara Install WordPress dari saya ini. Saya tahu ini agak ringkas. Jika anda ada masalah dan kurang faham, bolehlah memberikan komen anda diruangan komen dibawah ini. Bye
Adbox