Berbagi Berita dan Cerita

DISQUS

Monday, 15 February 2016

Realiti anak muda tak mahu kerja kotor, bahaya

Realiti anak muda tak mahu kerja kotor, bahaya



Khairy; Cabaran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar belia melakukan pekerjaan kotor bagi mengurangkan pergantungan kepada buruh asing adalah kenyataan yang mencerminkan realiti semasa, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini.
"Anak muda Malaysia, mereka tidak mahu ambil pekerjaan yang ditawarkan kepada pekerja-pekerja asing.
"Terutamanya pekerjaan yang berbahaya dan kotor," kata Khairy pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penutup di Sidang Kemuncak Kepimpinan dan Aspirasi Nasional 2016 di PWTC.
Terdahulu, Zahid hari ini mencabar golongan belia melakukan pekerjaan 3D iaitu 'Dirty, Difficult and Dangerous' (Kotor, Sukar dan Berbahaya) jika menolak kemasukan pekerja asing ke negara ini.
Tegasnya, jika perkara itu mampu dilakukan, Malaysia tidak perlu lagi bergantung kepada pekerja asing termasuk warga Bangladesh.
Mengulas lanjut, Khairy berkata beliau melihat kenyataan Zahid merupakan suatu penjelasan terhadap permintaan buruh asing di negara ini.
"Cadangan (bawa masuk 1.5 juta rakyat Bangladesh) telah mencetuskan banyak reaksi.
"Apa yang dikatakan oleh TPM (Zahid) adalah permintaan untuk pekerja buruh di ladang-ladang, tapak pembinaan dan industri perkhidmatan. Kawasan di mana tidak ada permintaan (untuk bekerja) dari pekerja tempatan.
"Jika belia Malaysia sanggup bekerja sebagai buruh di tapak pembinaan dan ladang-ladang maka sudah tentu kita dapat mengurangkan pergantungan kepada buruh asing," katanya.
Pada masa yang sama, Khairy berkata kerajaan juga menggalakkan pertumbuhan industri yang kurang bergantung kepada tenaga buruh.
Adbox