Berbagi Berita dan Cerita

DISQUS

BERBAGI TULISAN

HANTAR ARTIKEL





Jemputan Menghantar Dan Menulis Artikel ke Blog pedati2

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, selama ini blog pedati2 banyak menerima sokongan daripada para teman-temant. Tidak kurang juga ada ramai yang mau membantu membuat artikel dan menghantar artikelnya ke Blog  pedati2.
Kami menerima baik perkara ini dan amat berbesar hati dengan sumbangan yang diberikan. Jadi kami menyediakan satu ruang yang diberi nama” Berbagi Tulisan ” bagi para pembaca atau sahabat untuk menjadi salah seorang penulis di dalam blog pedati2 ini.

Blog pedati2 sangat berminat untuk membantu penulis lain mendapat pembaca terhadap artikel mereka dan seterusnya memperkenalkan nama penulis dan laman blog penulis bagi yang sudah sama-sama punya Blog.
Setiap artikel yang terkirim, kami akan siarkan di laman blog pedati2.

Karena Blog pedati2 menginginkan atau bertujuan untuk saling berbagi dengan semua,oleh itu bagi sahabat yang belum biasa membuat Artikel,buatlah artikel tersebut dengan baik dan bagus serta berkualiti karena akan memberi nilai tambah kepada orang yang membacanya.

Oleh itu kami telah menetapkan beberapa syarat dan garis panduan kepada sahabat yang berminat menyiarkan artikel di Blog pedati2.
Baca dan fahami ya? 

Content / Kandungan

Artikel mestilah bersesuaian dengan blog ini.

·         memberi nilai tambah
·         memberi inpirasi
·         memotivasikan
·         dan apa-apa elemen yang bersesuai dengan blog .
·         Guidelines / Garis Panduan

Artikel anda mestilah asli dan bukan plagiat

·         Anda boleh menyediakan sehingga tiga pautan (link). Pautan link affiliates adalah tidak dibenarkan.
·         Artikel anda perlu sekurang-kurangnya 300 perkataan yang panjang dan tidak lebih daripada 1500 perkataan.
·         Senggang setiap 3 baris. Gunakan ayat mudah dan mudah di “scan” pembaca.
·         Anda dibenarkan meninggalkan pesanan ringkas seperti mempromosi artikel lain dari blog anda, tumblr anda, pautan ke ke facebook page dan sebagainya.
Blog pedati2 akan sedaya upaya akan membantu mempromosikan kembali blog anda – dengan syarat tidak melanggar ” guidelines ” yang dinyatakan

Editing / Ubahsuai

Admin Blog pedati2 akan check dan mengedit kembali kesalahan ejaan, kesesuaian ayat dan sebagainya dalam setiap artikel yang dihantar. Pembetulan akan dibuat sekiranya dirasakan perlu.
Pihak admin mungkin mengubah suai sedikit kandungan artikel anda jika dirasakan perlu, supaya dapat menambah nilai, menambah kualiti dan dapat dioptimasikan untuk carian Google (SEO). Ini bertujuan supaya artikel anda mendapat pembaca semaksimal mungkin dan memberi input yang baik kepada mereka.

Cara Penghantaran

Jika artikel anda memenuhi syarat dalam garis panduan diatas:
Sila emelkan artikel anda ke ” turyana63@gmail.com ” .
Insya Allah kami akan merespon dalam tempoh masa secepat mungkin
Sila lampirkan sekali biodata mengenai anda [ bersama dengan alamat Blog, Google+ dan twitter / facebook, jika ada ] Sila pastikan anda bersedia untuk merespon dan menjawab jika ada komen yang dilontarkan oleh pembaca terhadap artikel anda yang disiarkan

Jika Artikel Anda Tidak Disiarkan?

Kami faham menulis artikel adalah satu kerja yang mengambil masa.
Walau bagaimanapun, artikel yang ditulis dan diserahkan kepada kami pasti kami akan menyiarkannya.
Ciri utama yang kami pentingkan untuk menyiarkan artikel anda adalah artikel tersebut memberi nilai tambah kepada pembaca blog ini.
Oleh itu saya berharap anda jangan berputus asa. Marilah kita saling berbagi ilmu dan pengetahuan.
Kami sentiasa memberi ruang dan peluang kepada anda untuk bersama-sama menyebarkan Ilmu, Insyaallah (754)


Sekian dan Terima Kasih
Adbox